Saturday 16 July 2016

Filled Under:

Wartawan Jalanan: VIDEO Wanita Ini Sanggup Berbogel Kerana Mahu iPhone 6s.


China – Seorang wanita sanggup berbogel di khalayak ramai dalam usaha memaksa teman lelakinya membelikannya telefon pintar, iPhone 6s.
Memetik beberapa laporan portal berita antarabangsa, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di China.
Berdasarkan satu rakaman klip video yang tersebar di laman sosial, wanita tersebut bertindak menanggalkan satu persatu pakaiannya selepas teman lelakinya dikatakan enggan membeli iPhone 6s.
Tindakan wanita itu turut disaksikan orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ wanita itu yang dilakukan sebagai menunjukkan protes tidak dihiraukan apabila teman lelakinya berlalu pergi meninggalkan wanita terbabit.




0 comments:

Post a Comment