Sunday 17 July 2016

Filled Under:

" Tak pakai tudung masuk neraka " tapi yang bertudung..???

Isu Tak Pakai Tudung Masuk Neraka
Assalamualaikum...
 
  Nota : entry kali ini pendek, ringkas dan padat.

Entry post ini adalah bagi memberikan penerangan terhadap Isu " tak pakai tudung masuk neraka".

Sebenarnya aku dah lama menulis pasal isu salah faham ni dalam entry lepas iaitu bertajuk Salah Faham dalam Hidup Beragama

Tiba-tiba, berlakulah Hype dan kekecohon 'Mohon Share Note' Facebook dan blog berkenaan hujah dan alasan orang yang tidak mahu bertudung dengan muslimah yang bertudung.


Dalam jawapan  rangkap no 1 itu berbunyi begini :

Xbertudung : semua yang pakai tudung itu kompom masuk syurga ke?

Muslimah : Yang pasti, tak tutup aurat/tak pakai tudung kompom masuk neraka.

okey perbualan yang lain is history, aku yakin online junkies dan pembaca blog dan fb dah tau tentang dialog perbualan tersebut.


***********************
Dalam kaedah nak memahami bagaimana aku ingin berkongsi pendapat adalah perlu faham bahawa aku berpendapat iaitu :-


1) Pakai tudung adalah wajib dan tiada argument lagi.


2) Siapa yang tidak pakai Tudung Berdosa.


3) Pakai tudung adalah syariat dan perintah Allah kepada Muslimah seluruh Alam.


4) Orang yang pakai tudung dan menutup aurat mengikut Syarak adalah cerminan muslimah beriman.


5) Aku suka perempuan bertudung litup.


6) lelaki, suami, abang, adik lelaki, penjaga sah, mahram menanggung dosa jika anak perempuan dalam tanggungan mereka tidak menutup aurat selaras dengan tuntutan agama.


7) tiada sesiapa yang memudahkan Islam dan Hukum Islam.


itu adalah pendapat yang solid, firm, tidak goyah dan tidak ditoleransi dan di kompromi lagi.


**********************


Apa yang aku ingin tegaskan di sini adalah kenyataan penulis note/blog bahawa dia mengatakan :


"Yang Pasti tak pakai tudung KOMPOM masuk Neraka"

Dalil dan Nas yang mana menyatakan manusia kalau buat satu dosa sahaja terus masuk neraka? kecuali 7 dosa besar dalam Hidup seorang Insan. 7 dosa besar ini jikalau mati tidak sempat bertaubat maka ia akan mati dalam keadaan berdosa besar. Apakah 7 dosa besar tersebut?


1.Syirik/ menyekutukan Allah.
2.Sihir
3.Bunuh nyawa yg bukan hak
4.Makan Riba
5.Makan Harta anak yatim
6.Fitnah perempuan baik berzina
7.Lari dari medan perang (jihad)


Ada kalangan pembaca aku yang tidak faham dengan pendapat aku, di sini aku nak bagi pencerahan, aku sama sekali tidak memberikan justifikasi atau alasan kepada perempuan untuk tidak mahu bertudung. perempuan yang baligh, berakal dan muslim wajib bertudung. Itu adalah Syariat Islam. Period..cease fire.


Tetapi Perempuan yang tak pakai tudung mana mungkin CONFIRM masuk neraka. mungkin dia masuk neraka, mungkin dia masuk Syurga. Mungkin sebelum mati dia bersungguh-sungguh bertaubat, Allah ampuni dosa dia, Allah sayangkan dia, beri Rahman dan Rahmat, Allah Redha dia masuk Syurga.


Mungkin perempuan yang tidak bertudung itu banyak jasanya kepada Umat Islam, Mungkin Dia Infak separuh dari harta-harta dia ke jalan Allah, mungkin dia menanggung 10 buah rumah anak yatim dan menghantar 1000 orang islam mengerjakan haji setiap tahun.


Mungkin Allah Swt redha dia masuk Syurga dengan meredhai dia atas sifat kasih dia kepada ibu bapanya dan anak-anaknya. Mungkin pada satu masa dia pernah menyelamatkan satu jiwa dari mati. Mungkin Dia seorang Doktor Muslimah yang banyak berjasa dan mungkin dia doktor yang berbakti tanpa mintak upah.


Mungkin dia tentera wanita yang pernah menyertai tentera Islam dalam misi pengaman di Bosnia yang berjihad ke Jalan Allah yang menyelamatkan Umat Islam Bosnia dari dibunuh Serb dan mungkin dia Jihad pada perang itu. mungkin juga dia diredhai kerana jasa dan pahala dia menjadi doktor gigi tentera di sempadan palestin.


Dengan mengatakan Perempuan yang tidak pakai tudung itu CONFIRM masuk neraka adalah satu statement yang amat tidak adil dan tidak selaras dengan apa yang Islam sarankan. Islam bukanlah Agama menghukum, Islam adalah agama mendidik dan agama menyayangi, sejahtera.


Mungkin kita semangat sangat dalam memperjuangkan gerakan bertudung sehingga kita tidak dapat berkompromi lagi dengan konsep pembalasan dalam Islam. Agama tidak menghukum manusia secara pukal/pakej. 


Ini sesuai dengan Firman Allah dalam surah Al-Qariah seperti maksudnya di bawah..


Firman Allah dalam surah al-Qariah dari ayat 1 - 11 yang bermaksud:


1. Hari yang menggemparkan.
2. Apakah dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan
6.Setelah berlaku demikian, maka..
(manusia akan diberikan tempatnya menurut amal
masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya.
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya.
9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu?
11. (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar.



Jika kita menghukum Manusia dengan satu dosa maka dia masuk neraka maknanya kita seakan-akan berfahaman Khawarij...Dan Khawarij ni nabi dah pesan supaya elakkan, kalau jumpa orang Khawarij ni bunuh supaya Umat Islam tidak berpecah.


Khawarij menghukum manusia yang berbuat dosa walau satu pun sebagai Kufur dan terkeluar dari islam kerana mereka menggunakan formula tolak tambah ikut syok sendiri iaitu (contoh je) :


Kau tak pakai tudung - Pakai tudung adalah Perintah Allah - kau ingkar tak pakai tudung -umpama kau ingkar perintah Allah - kau ingkar perintah Allah umpama kau melawan Allah-kau mencabar Tuhan - kau Kafir - bunuh Kafir! - Kafir mati masuk neraka.


Adakah kita mahu menghukum manusia lebih berat dan keras dari cara Nabi saw dan Para sahabat mendidik dan berdakwah kepada Umat manusia?


*********************

Mungkin seseorang itu lemah dan berdosa sebab tidak bertudung, jadi kita bimbing dia, kita jangan diskriminasi, mungkin dia belum belajar dan mempunyai kekuatan untuk berubah menjadi orang yang bertudung, tapi mungkin kualiti muslim lain yang lebih baik ada pada dia.


Samalah juga dengan sebilangan BESAR antara kita, yang tidak segan-segan memakan dan memberi riba, kita bayar ansuran kereta bulan-bulan pakai finance yang ada riba, riba itu salah satu 7 dosa besar. tapi kita tak pernah rasa nak berhenti dari melakukan dosa itu terus menerus. tapi ada tak korang cakap depan cermin yang makan riba itu nanti tak taubat boleh masuk neraka?


sebaliknya kita cemuh orang tidak bertudung dengan kenyataan " kau tak pakai tudung PASTI KOMPOM masuk neraka"


seolah-olah dosanya tidak pakai tudung itu menjadi pakej/pukal menyimpul segala-galanya pada diri dia yang dia KOMPOM MASUK NERAKA...


Agak-agaklah, cukuplah sekadar cakap orang tak pakai tudung ni berdosa.




p/s ini dicedok dari status FB aku : dlm kita nak berdakwah, sampaikanlah berita yg gembira, baru la insan ada harapan dlm mencari syurga, mencari redha Tuhan.

Ini tidak! "hah kau sexy kau masuk neraka!!"

cuba, " kau sexy, aku syg kau, tapi Tuhan lagi syg kau kalau kau tutup aurat tu, meh sini syg kita pilih tudung ariyani meh"




0 comments:

Post a Comment